Search

[Adakah Yang Lebih Dayus?]
.
Ahad lepas ...

  • Share this:

[Adakah Yang Lebih Dayus?]
.
Ahad lepas saya bertemu dengan seorang muallaf wanita berhadapan dengan pelbagai trauma dalam perkahwinannya.
.
Sebelum perjumpaan dengan beliau, saya telah diberikan taklimat ringkas oleh sahabat saya tentang latar belakang kesnya. Namun setelah pertemuan & melihat bukti perbualan WhatsApp & gambar, saya hanya mampu beristighfar. Ini bukan kes pertama yang kami kendalikan tetapi setakat ini antara yang paling teruk. Kenapa?
.
Bayangkan setelah beberapa minggu perkahwinan mereka, si suami telah berlaku curang dengan ‘berbulan madu’ dengan kekasih gelapnya. Yang uniknya, dia pandai berkata-kata dan wanita ini kekal dalam perkahwinan sehingga mereka memiliki cahaya mata.
.
Tidak cukup dengan itu, wanita ini kerap dipukul di suami yang dayus dan dipaksa mengambil pinjaman bank & Ah Long yang beliau berjanji akan bayar tetapi akhirnya tidak membayarnya. Wanita ini terpaksa membayar lebih RM10,000 sebulan untuk bunga sahaja tetapi si suami masih enggan melepaskannya dan terus menerus menekannya untuk mengambil pinjaman baru dari Along.
.
Beliau pernah mendapatkan bantuan seorang pelampau liberal dan kemudian diminta ke sebuah gerakan feminis untuk mendapatkan bantuan namun syukur Alhamdulilah, individu dan gerakan itu tidak follow up sangat kesnya.
.
Beliau mengatakan beliau sebenarnya tidak mahu berjumpa pelampau liberal itu tetapi terdesak dan tertekan yang menyebabkan beliau terpaksa berjumpa dengannya. Syukur di sebalik kedayusan si suami, tidak terlintas di hatimu untuk murtad kerana dia tahu Islam menitikberatkan hak wanita sedangkan kedayusan suami adalah kegagalan di suami mengamalkan Islam.
.
Kami telah berjanji untuk membantunya berbincang dengan Ah Long dan menyelesaikan kes rumahtangganya di mahkamah dengan menyediakan khidmat guaman secara percuma.
.
Buat sahabat yang mempunyai kes begini atau mempunyai kenalan yang berhadapan dengan isu sebegini, boleh hubungi kami di legal@my-mrm.org atau wasap.my/601110500414 dengan nama penuh & butiran kronologi lengkap kes bagi memudahkan komunikasi.
.
Doakan kami di Multiracial Reverted Muslims - MRM dapat membantu seramai yang mungkin. Sahabat mahu memperkasakan usaha MRM membantu lebih ramai individu seperti muallaf wanita ini? Boleh salurkan sokongan anda ke;

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353


Tags:

About author
not provided